Wednesday 28 March 2012

Kelebihan Celgynic

Dah beli lama , tapi pagi nie baru nak try makan , bila terbaca tentang kebaikan supplement ini , baru lah tergerak hati nak makan, serba sedikit tentang kebaikannya..

Meransang Tenaga
Diformulasi berasaskan Lesitin yang membentuk membran sel badan manusia dan herba tradisional Cina lain bernilai tinggi. Pengambilan berterusan dapat:
 
1. Membaiki membran sel untuk proses penyerapan Nutrien dan Oksigen
2. Mengaktifkan sel-sel otak 
3. Mencegah keguguran rambut
4. Mengurangkan tahap kolestrol dalam badan
5. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi 
6. melancarkan perjalanan darah

Apa itu Lesitin:
Terdapat dalam kuning telur dan kacang soya, dimana ianya mengandungi fosforus , serta dapat mencegah pengumpulan lemak dalam badan.
 
Kelebihan Celgynic
> Menguatkan daya ingatan 
> Memberi tenaga 
> Meningkatkan daya tahan sakit 
> Memgurangkan risiko sakit jantung dan darah tinggi
> Mengurangkan risiko kencing manis 
> Merawat luka dalaman dan luaran

Cara Pengambilan
> 2x sehari selepas sarapan dan makan malam 
> 5- 10 biji sekali makan 

Cara Penyimpanan
> Sebaik-baiknya disimpan dalam suhu bilik.
> Elak terdedah di tempat yang panas 
> Pastikan penutup botol sentiasa ditutup

Siapa yang perlu mengambilnya 
Sesuai untuk lelaki dan wanita yang berkerjaya dan juga para pelajar

 

LACTO - LITE

Tengok kawan -kawan semua pakat dok try LACTO-LITE nie tetiba malam nie tergerak hati nak try jugak lah.. lepas ajer BPO terus pi cari NG  minta beli sekotak.. jadi malam nie malam yang pertama aku try LACTO-LITE so kita tunggu hasilnya dalam masa 1 minggu, org kata tak kena maka tak cinta, tak cuba maka tak rasa, .. kita tengok apa kelebihan dia ... mungkah kah sesuatu yang mustahil akan berlaku .

Serba sedikit tentang LACTO-LITE 


Tahukah Anda?
  • Terdapat berbillion bakteria wujud dalam usus kita iaitu kira-kira 1.5kg daripada berat badan kita sendiri. 
  • Sistem gastrousus yang sihat perlu mengandungi 80% atau lebih bakteria baik dan bakteria neutral, dan 20% atau kurang bakteria tidak baik/bahaya. 
  • Bakteria baik menigkatkan kesihatan usus kita manakala bakteria berbahaya boleh menyebabkan kita jatuh sakit. Namun, bilangan bakteria baik semakin berkurang disebabkan faktor-faktor seperti pemakanan  yang tidak seimbang, penuaan, tekanan, serta pengambilan antibiotik yang berlebihan.
  • Oleh itu, sistem penghadaman kita memerlukan pertambahan probiotik.

Apakah itu PROBIOTIK dan PREBIOTIK ?

Probiotik: Bakteria baik dalam usus kita dan ia penting bagi menjamin kesihatan usus.
Prebiotik: makanan atau nutrisi yang diperlukan probiotik untuk berkembang dan berfungsi dengan baik.

Probiotik dan Prebiotik boleh diperolehi dengan mudah dari Nurich Lanto-Lite !


*Lacto-Lite tidak mengandungi sebarang herba atau bahan kimia yang bersifat laksatif (julap). Oleh itu, ia tidak akan menyebabkan kekejangan perut atau cirit birit.


Keunikan Lacto-Lite :
  • Tahan terhadap asid perut dan garam hempedu
  • Keupayaan hidup dan mengekalkan aktiviti walaupun ketika disimpan
  • Kebolehan melekat pada sel usus dengan baik
  • Diiktiraf oleh FDA sebagai GRAS ("Generally Recognized as Safe")
Bagaimana Lacto-Lite dapat membantu anda?
  • Menyingkirkan toksin dalam badan
  • Meningkatkan metabolisme untuk mengurangkan beban badan
  • Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik
  • Membantu dalam penghadaman
  • Membanti melegakan sembelit
  • Membantu sintesis vitamin

Cara Pengambilan:

Campurkan sebungkus Lacto-Lite ke dalam 200ml air kosong/air masak (elakkan air panas). Boleh juga dicampur dengan jus buah-buahan atau minuman lain.

*untuk keberkesanan penyahtoksikan terbaik, minum sekurang-kurangnya 2000cc air setiap hari.

Tuesday 27 March 2012

GUANGZHOU CHINA

Penangan GUANGZHOU nie hampir sebulan berlalu , membuat aku tak tidur malam , bukannya apa , sebab otak dok fikir nak shopping shopping shopping, dah lama niat nak gi sana cuma belum kesampaian ajer.. tapi dengan AT181 tak mustahil bukan semua nya boleh berlaku , yang penting usaha dan yakin akan keyakinan diri sendiri... cuba kita tengok gambar -gambar nie geram ajerkan tempat yang cantik , bandar yang moden dan yang paling best lagi GUANGZHOU dikenali dengan syurga membeli belah ... YAALLAH bestnya  rugi kalau terlepas pergi.

KALAU ADER SESIAPA YANG BERMINAT NAK GI SAMA JOM KITA PAKAT RAMAI -RAMAI PI SANA ... JANGAN MALU JGN SEGAN NK BERTANYA YER CALL SAYA ATAUPUN SAHABAT SAYA KITA GI SANA FREEEEEEEEEEEEEE SEMUANYA DITANGGUNG HALAL






Monday 26 March 2012

Double Dragon


Alhamdulilah semalam BOP berjalan dengan lancar di TTC , banyak muka baru , dan bayk juga org lama yang datang .. Ilmu yang disampaikan semuanya dapat dikongsi bersama.... Semangat Dragon Utara yang terus menganas , gabungan yang mantab, dari mata yang megantuk terus terbeliak dibuatnya , gara-gara terkena semburan api kepanasan TAIPAN UTARA memang panas betoiiiiii ...


Memang terbaik terhebat terhangat minggu nie .. sangat -sangat rugi pada mereka yang tak datang .

DDM Syukri , - Dragon dah mula menyembur apinya
DSM Wawa sekali bercakap perhhhh berapi dibuatnya

Pesanan Bill Gates


Tertarik dengan kata-kata ini .. Bila difikir-fikirkan semula memang benar belaka . Semua kenal dengan jutawan Microsoft ini bukan . Macam macam halangan dan rintangan beliau tempuhi. Dengan memasang impian tinggi mengunung ditambah pulak dengan harapan dan semangat juang yang gitu ,dalam masa 5 tahun pertama permulaannya didalam bidang perniangaan komputer Akhirnya membuahkan hasil. 

Kalau kita lihat semula latar belakangnya , beliau seorang insan yang biasa saja,  tidak tamat pengajiannya semasa diperingkat University tapi masih mampu mencipta kejayaan demi kejayaan. Daripada insan biasa terus beliau berusaha untuk menjadi insan yang extra luar biasa . 

Percayalah setiap usaha yang dilakukan setiap kerja yang dijayakan pastikan ianya ikhlas maka hasilnya pasti sangat -sangat memuaskan.....

Friday 23 March 2012

Salam Jumaat


JIKA orang Yahudi selalu bermegah dengan hari Sabtu sebagai hari kebesaran mingguan mereka, orang Islam pula dengan hari Jumaat yang disifatkan penghulu segala hari dan hari raya mingguan umat Muslimin.

Jumaat mendapat penghargaan istimewa berbanding hari lain sehingga dalam al-Quran dinamakan satu surah iaitu al-Jumu'ah yang diturunkan di Madinah dengan 11 ayat.

"Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (al-Jumu'ah:9)

Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, ia dinamakan surah al-Jumu'ah (hari Jumaat) kerana pada ayat 9, Allah Taala memerintahkan umat Islam segera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan urusan kerja masing-masing seperti berjual beli.

Kitab itu menerangkan, dalam ayat terbabit Allah Taala menetapkan hari Jumaat sebagai hari besar mingguan bagi umat Muhammad s.a.w serta memerintahkan supaya mengadakan satu solat khusus menandakan kebesaran hari Jumaat menggantikan sembahyang Zuhur.

"Dengan ayat ini dan berikutnya Allah Taala perintahkan umat Islam segera ke tempat solat Jumaat sebaik saja mendengar seruan azan serta meninggalkan kerja masing-masing seperti berjual beli dan kerja lain untuk mendengar khutbah dan mengerjakan solat Jumaat.

"Selesai solat Jumaat, mereka digalakkan untuk meneruskan usaha mencari rezeki sambil mengingati Allah.

"Mereka yang mematuhi ajaran Allah akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat," terang kitab itu.

Nabi s.a.w juga melalui hadisnya ada menjelaskan kemuliaan hari Jumaat sebagai hari raya mingguan umat Islam seperti dalam beberapa hadis yang dinukilkan dari kitab Ihya Ulumiddin karya Imam al-Ghazali.

Diriwayatkan Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah, maksudnya: "Bahawa ahli dua kitab itu (orang Yahudi dan Nasrani), diberikan kepada mereka hari Jumaat, maka bertengkarlah mereka, lalu berpaling daripadanya. Dan diberi petunjuk kita oleh Allah Taala untuk menerima hari Jumaat itu dan dikemudiankan oleh Allah memberikannya kepada umat ini dan dijadikannya menjadi hari raya bagi mereka. Maka adalah umat ini menjadi manusia yang lebih utama didahulukan dan ahli kedua kitab itu menjadi pengikutnya."

Melalui hadis lain Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat. Pada hari Jumaat, dijadikan Adam a.s., dia dimasuk ke syurga, diturunkan ke bumi, diterima taubatnya, dia meninggal dan berdirinya kiamat. Adalah hari Jumaat pada sisi Allah itu hari kelebihan. Begitulah hari Jumaat dinamakan oleh kalangan malaikat di langit iaitu hari memandang kepada Allah Taala dalam syurga." (Diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah)

Al-Ghazali dalam kitab terbabit berkata, hari Jumaat adalah hari besar dan agama Islam dibesarkan (dimuliakan) oleh Allah dengan sebab hari berkenaan.

Menurutnya, orang Islam dikhususkan dengan hari berkenaan dan diharamkan orang Islam melakukan urusan duniawi, malah setiap perbuatan yang menghalangi mereka daripada menghadiri masjid menunaikan solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda dalam hadis yang bermaksud: "Bahawa Allah Azzawajalla mewajibkan atasmu solat Jumaat pada hariku ini, pada tempatku ini." (Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Jabir)

Hadis berkenaan secara tegas memaklumkan kepada orang Islam mengenai kewajipan meraikan keistimewaan hari yang mulia itu dengan melakukan solat Jumaat. Sesiapa yang berkewajipan, tetapi tidak menunaikannya dikira berdosa.

Malah, Rasulullah s.a.w mengingatkan mereka yang sengaja meninggalkannya melalui sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa halangan, nescaya dicap oleh Allah pada hatinya." (Riwayat Ahmad)

Geng Kg Makam




Sahabat lama yang lama tak berjumpa, alhamdulilah akhirnya dapat duduk semeja berbicara tentang pengalaman dan berkongsi ilmu bersama. Pernah bekerja di Holland sebagai Chef dan juga peminat tegar Sukan Paintball , xkesah lah apa pun yang dia minat asalkan semuanya boleh ditukarkan kepada POSITIF insyaalah boboi bakal menjadi business partner ku.

Demo Demo Demo

Kalau dahulu keluar malam lepak kedai mamak hanyalah sekadar sembang -sembang kosong sahaja, tapi kini semuanya sudah berubah, keluar lepak ajak minum, dan diskusi dijalankan lebih berinfomasi dan lebih berinteraktif , secara tidak langsung dapat membuka minda kita bertapa ruginya hampi suku usia hanya lepak dan membuang masa begitu sahaja 

Namun masih belum terlambat lagi untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan, Alhamdulilah semakin hari semakin ligat aku bergerak utuk berjumpa kawan-kawan lama dan kawan atas kawan untuk berbicara tentang pengalaman kerja dan berkongsi ilmu. Rata-ratanya alhamdulilah sangat suka dan sangat teruja bila mentor ku sudah berbicara .

Perjalanan yang sungguh mudah membuat mata kita terpukau dan jantung akan berhenti seketika bila melihat bukti-bukti dan testimonia yang ternyata kesahihannya. 

Hari demi hari bulan bakal silih berganti sasaran ku haruslah dipenuhi , bukannya apa nanti senang xpayah nak terkejar -kejar lagi. 

Apa-apa pun terima kasih kepada Insan -Insan hebat yang telah berjaya membuka mataku mindaku untuk terus berjuang dan berjuang demi mengapai kejayaan hari esok. 

Thursday 22 March 2012

Bukti yg Kukuh


Bukti dan berkat usaha bersama Akademi Taipan 181, tiada yang mustahil jika kita benar-benar yakin akan kebolehan kita dan usaha


Bagaikan bulan jatuh keriba

Bukti yang kukuh ........   

Rezeki Allah

Prospek


Hampir setiap pagi aku akan hantar isteri ku kepejabat, sambil-sambil tu otak sentiasa ligat memikirkan bagaimana untuk aku tembusi tembok besar ini . bukannya apa saja nak mencabar diri sendiri, sebab minggu sudah sempat aku bersembang sembang dengan insan hebat seperti saudara syukri , sambil -sambil berkongsi pengalaman dan ilmu bila ditanya dh berapa balai telah beliau serang , dengan selambernya beliau menjawab tunggu sat nak nak buka listing... dalam hati aku berbuku ajer bila mendengarnya. 

Hanya seorang anak muda dan angota biasa , tapi berjiwa besar bersemangat waja bangga aku bila mendengar jawapan darinya... Lalu fikiran aku terdetik kalau dia target balai balai kecik di Penang , apa salahnya kalau aku terus target BUKIT AMAN kerana aku percaya banyak prospek yang belum lagi dihujani dengan peluang peluang perniagaan seperti yang aku lakukan sekarang... "mohon maaf yer saudara syukri kalau terbaca artikel ini"

Yang seterusnya tenpat aku bekerja sekarang, rata-ratanya semua pekerja diastro nie boleh dikatakan mereka telah kawin dengan kerja mereka kenapa dan sebab apa aku katakan bergitu ... salah satu sebabnya terutamanya yang bekerja dalam bidang produksi kerja lebih masa sudah semestinya almaklumlahkan nak ikut jadual program seperti mana yang telah ditetapkan, rata-rata mereka bekerja lebih dari 12 jam dan ader kalanya hampir 24jam semata-mata hendak siapkan satu-satu program,,, Gajinya ader lah banyak mana pun. Ish ish ish penat kan kesian pun ader gak aku tengok . Insyaallah aku akan membantu kawan -kawan aku disana untuk terus hidup tenang dan selesa pada masa akan datang. 

Begitu juga di TV3 , salah satu station tv swasta yang mana pekerja pekerja nya tergolong dari pada bangsa melayu . terdetik di fikirkan ku sewaktu membawa artis ku ke program MHI pagi tadi , sempat lah juga bersembang dengan abg cameraman nie bila ditanya dah berapa lama abg kerja , dia dengan lemahnya menjawab dik abg dah kerja sini dah sama usia dengan tv3 ... Mak aii lamanya aku ajukan lagi soalan mcm mana life abg dengan family ok ker , cuti senang ker., lalu dijawabnya mana ader dik ooooiittt kalau kerja production nie kita base on program ahh kadang-kadang nak cuti sakit pun susah walaupun mc dah ader kat tangan. cuti raya jgn sebut lah.. aku bertanya lagi abg bila free jom kita lepak-lepak minum teringin ahh nak share ilmu dengan abg , saya budak baru belajaq mana lah tahu saya boleh guna pakai skit-skit ilmu abg ( dlm kepala otak aku dah dok fikir yes umpan dah nak nak kena) .. insyaallah dik abg free abg call adik  abg xader masaalah nk kongsi ilmu nie... 

begitulah cerita ku dan target ku untuk tahun nie ..mudah mudahan allah permudahkan lah setiap apa yang dirancang ...

AKADEMI TAIPAN 181


Disini lah langkah aku dan bono bermula, Segala tunjuk ajar dan ilmu dikongsi bersama, tiada istilah pilih bulu ataupun bermegah didalam Akademi Taipan 181 (AT181). Kami dilayan dengan adil dan saksama, Masing masing mempunyai satu tujuan dan matlamat yang sama . Hendak berjaya dan terus berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi. Laungan Kejayaan GO GO TAIPAN sering tergiang-giang ditelinganku seolah olah mendapat satu aura yang luar biasa dari sebelum sebelumnya. 

Di AT181 banyak yang kami pelajari, dan berjumpa dengan kawan -kawan yang baru. Alhamdulilah sifat sombong , riak dan bongkak sama sekali tidak dapat kami lihat dikalangan rakan-rakan niaga di AT181.

Memang kami membuat pilihan yang tepat untuk terus dan terus bersama AT181 demi mengapai impian yang setelah sekian lama dipendamkan. Tiada yang mustahil didalam AT181 itulah ungkapan yang sering kami dengari dikala menghadiri kelas pemantapan minda pada setiap hari selasa . 

Minda kami terbuka begitu luas, dan baru lah terasa bertapa ruginya jika kami melepaskan peluang yang sedia ada ini begitu saja. Contoh dan testimonia yang hebat telah terbukti didepan mata. Terasa menyesal pun ader jugak sebab lambat menceburi diri dalam bidang perniagaan ini.Tapi kami tetap bersyukur kerana kami masih belum lagi terlambat untuk mengukur kejayaan demi kejayaan dan terus menjadi role model kepada golongan belia dan anak-anak bangsa .

Akhirkata dari kami AKADEMI TAIPAN 181 memberi lembaran baru buat kami GO GO TAIPAN , GO GO GUANGZHOU oppsss terlebih pulak. 




 

Titik Mulanya Ku mengenali Sahabat ku











Disini lah detik perkenalan aku dengan sahabat aku yang bernama Isharae Mosamad berlatar belakang seoarang yang berilmu dan ulat buku , itu dari pemahaman akulah kan , kalau nak dibandingkan aku yang tak seberapa hebatnya dengan beliau. Almaklumlah kan lepasan Universiti, Aku hanya product Kolej ajer. 

Alhamdulilah mungkin jodoh aku untuk terus kekal bersamanya (ayat bunyi mcm pasangan Gay lah plak) macam -macam perkara kami lalui bersama, susah senang pun bersama. 

Adakalanya aku kami bagaikan adik dan abang , kalau ader yang tak kena kami akan duduk sama-sama huraikan segala masaalah yang timbul. Sedar tak sedar perkenalan yang bermula pada tahun 2003 dah hampir 10 tahun ..

Dan sekarang kami menjadi business partner , insyaallah sama-sama kami akan menuju kejayaan

Keluargaku







Inilah lah Isteriku yang tersayang dan tercinta , NOR HASYIMAH SELIMAN perkenalan kami berputik ketika dia masih lagi belajar di USM ,dengan hanya bermodalkan  sambal tumis udanglah maka bermula lah detik percintaan kami berdua. Alamdulilah syukur hampir 6 tahun kami bersama dan hidup serumah baru 2 tahun kot , almaklumlah lepas kawin isteri ku terus kena posting kesabah  , so paham paham saja lah kan sebulan sekali ataupun 2 kali aku terbang kesana. 

Orangnya nampak ajer serius tapi hatinya baik, pandai masak sudah semestinya , pandai membebel sudah menjadi kewajipannya, dan yang paling aku sayang padanya dia nie seorang yang manja dan pemaaf.. itu yang aku sayang sangat -sangat .... 

Alhamdulilah hasil perkongsian hidup dengan nya kami dianugerahkan seorang cahaya mata ALIFF FIRDAUS nama diberi ... semakin hari semakin lasak orangnya , macam bapak dia lah juga. kuat memberontak , kuat menagis tapi itu semua adat resam keluarga lah kan....

Pantang Tengok Camera 


Suka main dengan kain
Gaya tidurnya


Insan -Insan Hebat

Antara insan -insan yang hebat yang telah membuka lembaran baru dalam hidupku, Walaupun berlainan latar belakang , namun tujuan mereka hanya lah satu. membentuk dan menjayakan semua insan -insan yang terpilih untuk menuju kejayaan 

Fitri dan Isterinya Ayu yang berjaya membuka minda ku dan isteri ku untuk terjun dalam dunia perniagaan ini



Sepupu ku  AMY dan isterinya Zura juga memainkan peranan yang penting serta membakar semangatku dalam meneruskan perjuangan dalam bidang perniagaan ini

Sahabat lamaku Din dan Interinya farah juga pembakar semangat ku untuk terus berjaya

Saudara Syukri yang baru ku kenali, walaupun  diusia muda tapi pemikirannya betul-betul telah mentransformasikan mindaku untuk terus berjuang menuju kejayaan.



Catatanku


Assalamualaikum wbt.......baru dapat sy aka bono dapat menulis sedikit dalam blog....trima kasih utk sam yg sudi membenarkan sy berkongsi blog ini untuk tatapan semua......Begitula kami....sentiasa bantu membantu untuk memperbaiki kehidupan kami.....pernah kami berkerja bersama - sama dan semasa dalam kesusahan...pernah kami berkongsi roti canai untuk makan malam....memang terasa kesusahan pada masa itu xpi kami tidak pernah mengalah untuk terus berjuang....sehinggalah kami di perkenalkan dengan pahlawan2 dari akademi taipan 181 yg sudi meminjamkan sinar untuk kami berdua......untuk itu ayuh bangkitla wahai semua.....sertai kami dan kami akan cuba berkongsi segalanya untuk anda.....

cukup untuk hari.....im signing off.....

Bono aka tetraceta.......

Inilah Aku


Ini lah aku, Nama sebenarnya SYAM HAIZAL SHAMSUDDIN berumur 33 tahun telah menceburi pelbagai bidang , antaranya Dunia Perhotelan , Dunia Kooporat, Dunia Sukan Lasak , Dunia Kejurulatihan (PLKN), Dunia Entertaiment dan yang terbaru Dunia Perniagaan . 

Sesuatu yang baru dalam hidup aku , tapi dengan semangat yang gitu dan waja , ditambah pulak dgn sifat yang cemburu yang melampau melihat kawan-kawan yang telah berjaya , Jantung ku bagaikan direntap untuk mencabar diriku bahawasanya aku pun yakin boleh mencapai kejayaan suatu hari nanti. 

Insyaallah berkat usaha dan tunjuk ajar dari kawan -kawan aku tidak akan mengsia -sia kan , dengan harapan yang telah diberikan nescaya tiada yang mustahil bagi ku untuk terus berjuang dan berjuang demi masa depan isteri yang tercinta , anak yang tersayang dan keluarga .



Kehidupan yang Sementara


Terdetik difikiranku apabila melihat lakaran gambar ini , lalu ku berfikir sejenak dimana memang benar lah hidup kita sekadar dipinjamkan sahaja dimuka bumi ini. Setiap saat dan setiap detik kita bersama insan yang tersayang pastinya akan lebih bermakna kalau kita benar-benar megerti akan kehidupan ini. 

Pernahkah anda semua terfikir ataupu terdetik diminda .. 
Selama mana kita akan hidup dimuka bumi ini.! !
Sejauh mana kah pencapaiyan anda selama hidup dimuka bumi ini !!!
Sebanyak manakah harta yang anda telah kumpul dimuka bumi ini  !!!
Sejauh manakah anda telah merantau dan melawat negara-negara yang wujud dimuka bumi ini ! !
Seberapa ramaikan kawan -kawan anda dimuka bumi ini ! ! !

Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian anda sekarang ! ! !
Kalau masih musykil dan ragu -ragu jangan malu bertanya , jangan hanya berdiam tanya lah saya dan sahabar -sahabat saya .. Insyaallah segala yang diimpikan segala yang diinginkan pasti dalam gemggaman .

Fb : Syamhaizal shamsuddin / BBpin : 22ef063f / 0124683428
Fb : Szantza Tetraceta / BB pin : 22ef0739 / 0126301926


Tuesday 20 March 2012

Mutiara Kata

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.
Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
 
Menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
Menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson -

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.”
(La Roche)

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari
  - Saidina Ali -

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu
Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri
Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.
 
Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau -Saidina Umar Al-Khattab -

Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya – Confucius
Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara -Abraham Lincoln

Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.
Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran- Horatius
Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan – Mognon Me Lauhlin
Kecantikan hanya sedalam kulit, tetapi masuk ke dalam tulang -Pepatah inggeris

Success Vs Failure






Success or Failure merupakan satu perkataan yang sering diungkapkan kepada kita semasa menghadiri kem-kem motivasi ataupun masa zaman belajar dulu. Adakah perkataan ini memberi impak yang besar dalam hidup kita , kenapa , mengapa  dan sebab apa ianya menjadi pilihan setiap insan dimuka bumi ini. Adakah ianya satu perkataan keramat yang akan menentukan hala tuju seseorang, Mari kita sama-sama fikir dan rungkaikannya.....

Zaman Sekolah 
Cikgu sering berkata kalau kamu masih malas macam nie , bagi kerja sekolah tak buat, dan satu apa pun yang saya ajar kat depan kamu tak faham, jangan mimpi lah kamu nak berjaya suatu hari nanti. 
(Dialog yang sering digunakan oleh cikgu kepada kita semua)

Zaman Belajar di Universiti ataupun Kolej
Kalau awak asyik ponteng kelas ajer tengok lah nanti tak mustahil awak akan gagal dalam semua mata pelajaran. 

Zaman Kerja
Prestasi awak nie semakin lama -semakin teruk lah macam mana awak nak berjaya dan nak naik pangkat. 

Adakah ini semua akan memberi impak pada perjalanan hidup kita... Hmmmmmm rasanya salah kot sebab semakin kita meningkat dewasa semakin pandai dan bijak lah kita berfikir akan baik buruknya  tak gitu . Lagi banyak pengalaman lagi banyak lah ilmu yang bakal kita perolehi. 

Oleh yang demikian Success or Failure bukan satu perkataan keramat yang mana boleh melemahkan perjalanan kita menuju kejayaan , pucuk pangkalnya hati kita , jiwa kita dan pemikiran kita. Jadi kena lah selalu berfikiran positif untuk melakukan sesuatu yang terbaik didalam hidup kita untuk masa depan yang cemerlang terbilang .


Wednesday 14 March 2012

Wilderness Centre Langkawi

Suatu Ketika Dahulu

Suatu ketika dahulu , kita tidak pernah terfikir dan mengimpikan bekerja sebagi pencuci, pengangkat najis , ataupun lebih senang dipanggil bahan buangan dari manusia. 

Tapi percaya atau tidak kerja yang dimaksudkan ini , Aku dan sahabat karib ku pernah melakukannya. Waktu itu kami sama-sama bekerja di WILDERNESS CENTRE LANGKAWI "WC"

Disana kami banyak belajar erti kesusahan dan juga erti kehidupan sebenar. Mana tidaknya setiap minggu kami berdepan dengan pelbagai ragam manusia yang mana datang untuk menuntut ilmu tentang kehidupan, ilmu tentang keyakinan dan juga ilmu tentang cara berdikari.. ataupun lebih senang dinyatakan ilmu SURVIVING

Tapi yang tak tahan nya bila tamatnya program tersebut , ini yang kami semua kena lakukan. boleh dikatakan setiap minggu lah .. Tapi kalau dikira selama 2tahun 3bulan aku bekerja disana , aku lah yang paling banyak membasuh Tong Tahi (GOLDEN BOXS) gelarannya . beginalah rupanya sebelum basuh.


Aku masih ingat lagi cara membasuhnya yang mana telah dimodifikasikannya untuk lebih berkesan.BUKA, TUANG , SIMBAH , SEMBUR TUTUP. Bab membasuh GOLDEN BOXS aku lah selalunya akan menjadi ketua, bukan nak bercakap bangga tapi sebab nak cepat biar lah aku yang mulakan. 

Apa perasaan anda jika ibu bapa anda mendapat tahu anaknya melakukan kerja sedemikian rupa ... Tapi aku dan sahabat aku bono , tanpa rasa malu dan segan  hanya bersyukur lah sebab kami percaya mungkin ader hikmahnya disebalik semua ini... 

Tapi yang bestnya bila dah habis basuh GOLDEN BOXS  aderlah dekat 30-40 tong kami ramai-ramai gi makan kat pekan kuah...


P/S bono kalau nak sambung lagi cerita silakan................

Nurkilan

---- HANG ----
Apa yang kita paham dengan perkataan HANG 
ironinya perkataan HANG nie mewakili diri sendiri , mereka dan satu kumpulan .
Perkataan dan pangilan HANg ini banyak di gunakan dalam loghat utara. 
tapi pernah kah kita terfikir perktaan HANG nie lah juga kan membakar semangat kita untuk terus maju dan berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi. sebagi contoh .

1. Kalau kita ingin mulakan sesuatu benda yang baik :
    HANG buat lah dulu , aku ikut kemudian!

2. Kalau kita bersemangat nak cuba sesuatu :
    HANG tak takut ker!

3. Bila kita nak ajak kawan duduk didepan masa dalam kelas ataupun dengar taklimat:
    Hang pi lah duduk sat g aku pi 

4. Kalau kita gagal dalam sesuatu perkara yang kita lakukan:
    Tu lah HANG aku dah cakap dari dulu lagi HANG tak mau dengar! ! 

5. Bila kita berjaya : 
    HANG berani dan pandai boleh lah ...

6. Bila pakai keta besar:
    HANG kaya na lani boleh lah tolong kawan-kawan belanja makan 

Adakalanya perkataan HANG nie amat pedih bila didengar tapi pada hakikatnya kepada yang positive untuk berjaya ini semua bukanlah penghalang untuk kita terus maju dan hidup.




Saturday 3 March 2012

Dunia Baru

 


Tanggal 2012 bermulalah perjuangan baru hidup aku dan sahabat aku (bono), Masing-masing dari dulu lagi mencari peluang -peluang yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan untuk menambahkan pendapatan bulan, dimana zaman sekarang nie kalau dengan hanya bekerja dan perolehi dari satu sumber sahaja belum pasti mencukupi.

Alhamdulilah Permulaan yang baik , dan dengan harapan yang tinggi dan semangat yang berkobar-kobar untuk berjaya, kami akan terus melangkah dan melangkah kehadapan tanpa menoleh kebelakang lagi. Ini kerana kami percaya KEJAYAAN sedang menanti kami dihadapan. Ayuh kita sama-sama perolehi kemenangan tersebut