Tuesday, 20 March 2012

Success Vs Failure






Success or Failure merupakan satu perkataan yang sering diungkapkan kepada kita semasa menghadiri kem-kem motivasi ataupun masa zaman belajar dulu. Adakah perkataan ini memberi impak yang besar dalam hidup kita , kenapa , mengapa  dan sebab apa ianya menjadi pilihan setiap insan dimuka bumi ini. Adakah ianya satu perkataan keramat yang akan menentukan hala tuju seseorang, Mari kita sama-sama fikir dan rungkaikannya.....

Zaman Sekolah 
Cikgu sering berkata kalau kamu masih malas macam nie , bagi kerja sekolah tak buat, dan satu apa pun yang saya ajar kat depan kamu tak faham, jangan mimpi lah kamu nak berjaya suatu hari nanti. 
(Dialog yang sering digunakan oleh cikgu kepada kita semua)

Zaman Belajar di Universiti ataupun Kolej
Kalau awak asyik ponteng kelas ajer tengok lah nanti tak mustahil awak akan gagal dalam semua mata pelajaran. 

Zaman Kerja
Prestasi awak nie semakin lama -semakin teruk lah macam mana awak nak berjaya dan nak naik pangkat. 

Adakah ini semua akan memberi impak pada perjalanan hidup kita... Hmmmmmm rasanya salah kot sebab semakin kita meningkat dewasa semakin pandai dan bijak lah kita berfikir akan baik buruknya  tak gitu . Lagi banyak pengalaman lagi banyak lah ilmu yang bakal kita perolehi. 

Oleh yang demikian Success or Failure bukan satu perkataan keramat yang mana boleh melemahkan perjalanan kita menuju kejayaan , pucuk pangkalnya hati kita , jiwa kita dan pemikiran kita. Jadi kena lah selalu berfikiran positif untuk melakukan sesuatu yang terbaik didalam hidup kita untuk masa depan yang cemerlang terbilang .


No comments:

Post a Comment