Wednesday 27 August 2014

Manja Manja Dipasar Malam

Bagaimana dengan aktiviti anda hari ini?
Adakah ianya mengikut apa yg dirancang?

Terdetik difikiran ini , kemesraan terjalin bila perhubungan itu ikhlas dan jujur. Betul tak?

Semalam bila berjalan-jalan dipasar malam Meru , Klang seperti biasa lah pengunjung setia pasar malam tersebut xlain xbukan , Nepal, Bangladesh , Vietnam dan Indonesia.
Itu pemandangan biasa yg selalu saya lihat tapi itu bukan isu yg saya nak cerita kan .

Apa yang menarik perhatian saya yg pasangan suami isteri am nya jalan seiringan tapi susah lah nak nampak berpimpin tangan sepanjang masa.. Knp jadi mcm tu yer dah boring ker nak pegang tangan Isteri  ataupun suami  ataupun segan dan malu. Zaman bercinta boleh jer , Hehehehehe

Nak jadi cerita semasa saya menunggu Isteri saya buat pusingan U semula,  katanya tertinggal nak beli daun kesum dan bawang merah. Abg tunggu dekat simpang depan tu jer lah saya gi kejab jer nie , Ok lah mcm tu  Jadi saya pun buat lah undian kejab,  kita tgk Apa Kata Survey

Saya duduk berdiri di persimpangan jalan, Lalu membuat bancian rata rata 10 pasangan suami Isteri yg dtg pasar malam nie jalan buat hal masing masing, si suami dok belek HP yg si Isteri dok mencari cari barang. adanya si suami jadi troli si isteri main membeli jer , ader pulak si isteri membeli si suami follow jer belakang dan mcm mcm lagi lah , Jauh sekali lah nak jalan berpengang tangan ...

Yang menariknya pulak 10 pasangan Nepal yg saya tengok jalan seiringan dan sentiasa berpengang tangan dan sesekali ada yg mengengam erat tangan pasangan mereka. Kalau pasangannya perempuan xkesah lah nie sesama jenis pulak tu?



Ok mungkin itu sebahagian dari budaya mereka kot...Tp apa yg saya dapat nyatakan disini Budaya ker adat ker setiap perhubungan itu kenalah ikhlas dan jujur baru lah wujudnya perasaan kasih sayang sesama insan. betul tak ?

Jadi mula disaat ini jom kita sama sama menghargai pasangan kita, jalinkan kemesraan eratkan perhubungan xkira dimana jua kita berada. Pasangan kita milik kita hargailah ia cintai lah ia , tapi yang belum kawin tu jgn lebih lebih yerrrrrr ....

Sekian 









2 comments:

Unknown said...

Tkasih atas perkongsian kisah ini... menarik... kalau tak mungkin kita x perasan sikap sebegini dpt mengeratkan lagi rasa kasih syg..... :)

Taipan Hunters said...

terima kasih kembali kerana sudi melawat blog saya ..
Lumrah kehidupan masa kini , tp bukan semua lah hanya segelintir

Post a Comment