Tuesday, 3 July 2012

Mentaliti Makan Gaji .....


Kalau tak nampak boleh baca dibawah nie ....

KOTA KINABALU: Beribu-ribu belia dan graduan masih menganggur, terima kasih kepada mentaliti 'makan gaji' yang masih menebal. Menyatakan perkara itu, ketua Unit Pembangunan dan Penyelidikan Usahawan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ramraini Ali Hassan berkata, mereka kurang pendedahan dan tidak berminat kepada perniagaan dan keusahawanan.

Dengan itu, katanya, jumlah graduan menganggur pada 2009 adalah 63,000 orang atau 3.2 peratus. Beliau berkata, Jabatan Perangkaan melaporkan, antara 2001 hingga 2009, kadar pengangguran meningkat 62 peratus. Bagaimanapun, katanya, berikutan pengenalan Model Baharu Ekonomi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan sedang menstruktur semula strateginya untuk merancakkan pewujudan usahawan baharu dan menyokong yang sedia ada. "Di bawah model baharu itu, Inisiatif Pe'mbaharuan Strategik bertujuan mewujudkan lebih banyak sumber manusia intelektual dengan nilai-nilai keusahawanan,
seterusnya menjadi pemangkin kepada Transformasi Ekonomi Negara, ketika negara menuju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi," katanya semasa Seminar Kerjaya Graduan dan Keusahawanan UMS 2012 pada Selasa.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, graduan dilihat mempunyai potensi untuk merapatkan jurang pendapatan
isi rumah yang semakin meluas antara yang berada dan miskin. " Pada amnya, program pembangunan keusahawanan antara graduan telah bermula agak lama dengan tujuan mendedahkan mereka kepada aspek teori dan praktikal," katanya. Sementara itu, berhubung seminar terse but, Ramraini berkata, ia bertujuan menarik lebih ramai graduan me nceburi bidang perniagaan dan perdagangan dan seterusnya mengurangkan jumlah penganggur dalam kalangan mereka. "Seminar ini dirancang supaya ia boleh membuka • minda dan menggalakkan lebih ramai graduan dan belia menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan mereka,"
katanya. Para pelajar UMS itu juga diberikan tiga topik iaitu Memperkukuhkan Minat Perniagaan, Peluang Kerjaya dan Perniagaan di KFC dan Ayamas serta mekanik Tunai. Penceramah undangan termasuk Pe'ngurus Agensi Kumpulan Takaful Ikhlas, Hj Abd Mukti Syaubari, Pengurus Besar Jabatan Syariah dan Halal QSR Brands Bhd, Mohd Roslan Mohd Saludin dan pengasas Mekanik Wang.com, Abuayubul Ansari.

No comments:

Post a Comment